67

67 Performance Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan.credit to @zaimuwais 1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN. Kata BN banyak berhutang, knp PH tambah hutang lebih RM100billion?2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. Hutang naik⬆️, rizab(simpanan) negara turun⬇️. Mana pakar2 ekonomi PH? Boleh terangkan?3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019. Ini sebelum Covid19 dan peperangan Rusia-Ukraine. Calling for pakar ekonomi PH.4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia. We were not competitive during PH era. Why? Bekas2 Menteri PH boleh tolong jawab?5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019 Dalam 22 bulan, PH buktikan mereka tak competent. Tun dan Anwar x boleh control kebodohan menteri korang?7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion utk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion utk tahun 2017 kepada kerajaan BN. Klau ekonomi sdg meleset, boleh faham knp kita perlukan Petronas. Ini sblm berlaku kemelesetan ekonomi PH dah tekan Petronas.8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg ⭐️fakta – bloomberg adalah global leader in business and financial data yg berpengkalan di United State.11. Peruntukan kpd subsidi baja padi dipotong dari RM465 juta (2018) kpd RM232.5 juta dlm bajet 2019. Rakyat tgh susah dan krjaan PH potong pula subsidi. Bajet 2023 Ismail Sabri bg subsidi tinggi PH kata gula2 PRU tp PH juga kata rakyat tgh susah. PH stupidity at its peak12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.PH memang terkenal dgn memotong subsidi untuk rakyat luar bandar.13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019. Tanyalah nelayan mcm mana PH ‘bantu’ mereka. Tiada.14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.15. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 201816. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyemak semula rangkaian kompleks GLCs yang berpotensi membawa kepada amalan ‘penaungan selektif’.22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO secara besar-besaran menimbulkan kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap agenda reformasi institusi.23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum digantikan menimbulkan persoalan mengenai komitmen Pakatan kepada reformasi. So far ada nampak apa2 reformasi yg dilakukan kerajaan PH? Kahkah24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) digesa diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak dikurangkan RM30 bilion seperti mana dakwaan hutang 1MDB dahulu.26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan kekalkan kontrak rundingan terus kepada IWH-CREC, bercanggah dengan prinsip tender terbuka Pakatan.27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan, malah saiz kakitangan awam juga ingin dikurangkan. PH anti kakitangan awam. Itu jelas.28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan penjawat awam.29. Pengakuan Tun Daim bahawa ramai Menteri lantikan Tun M berpatah arang berkerat rotan dengan birokrat dan PTD, mengakibatkan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan kucar-kacir.30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan Tun M melakukan perubahan semata-mata demi dilihat melakukan perubahan tanpa pertimbangan pakar.31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup pembohongan oleh sebahagian menteri.32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini. Kerajaan sekarang beri peruntukan samarata kpd semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap dengan pemikiran ekonomi abad ke-2034. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara di luar negara.35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak, telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China untuk tempoh 10 bulan lamanya.38. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar.39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi ‘U-turn’.40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.41. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto sedangkan telah ‘memerah’ RM80 bilion daripada Petronas untuk tahun 2018 sahaja.42. Tiada penjelasan mantap dalam penyelesaian kes Banglo Lim Guan Eng43. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas, tetapi kini sunyi sepi44. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan Pakatan hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab. PH tambah hutang lagi.45. SST telah menyebabkan kos naik 10 peratus.46. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion pendapatan.47. Menteri Pertahanan tidak cekap atasi isu sujud di atas batu Karbala – boleh dilapik kain seperti mana pemimpin lain lakukan, atau tidak perlu solat di belakang Imam Syiah sama sekali. Mat Sabu. Kahkahkah48. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina) iaitu 27 sen sehari49. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.50. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.51. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu.52. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017.53. Sekali lagi aset negara dijual. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort – RM1.25 bilion.54. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion. PH jual aset negara.55. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.PH jual aset negara.56. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion. PH jual aset negara.57. PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan.58. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah ‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri.59. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. PH jual aset negara.60. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta. PH jual aset negara.61. Janji 30% wanita dalam kabinet tidak ditepati62. PH bubarkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task Force on Organised Crime STAFOC). Tak sepatutnya terjadi.63. PH bubarkan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical Intelligence Narcotics Group STING)64. Proses untuk menangkap Jho Low terlalu perlahan, hingga menimbulkan keraguan terhadap komitmen kerajaan. Sebelum menang sembang nak A, PH nak tangkap Jho Low. Tapi tak tangkap juga. Skrg Najib dah kedalam. Siapa sebenarnya ‘melindungi’ Jho Low?65. Mat Sabu (Menteri Pertahanan) tidak cermat dan terpaksa U-Turn dengan menarik balik kenyataan berkenaan isu penjualan hotel Royale Chulan kepada Singapura.66. Pengecualian PTPTN Zaman BN: Automatik dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang Kelas Pertama, Zaman PH: Kena merayu untuk pengecualian PTPTN. Siswazah kena tahu sejarah ini. PH menipu pengundi muda.67. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion dalam bajet 2019. Sekali lagi bukti PH anak tirikan orang kampung dan luar bandar.